Wednesday, August 5, 2009

MAHIR LINUX?

MAHIR LINUX - tentu anda ingat saya ini mahir dalam linux.. tidak, saya bukan lah pakar dalam linux, tetapi tujuan MAHIR LINUX adalah untuk memahirkan diri saya dalam dunia linux, di samping dapat berkongsi dengan anda semua tentang dunia linux, tak kiralah anda mahir atau tidak mahir dalam linux. Saya berharap dengan blog ini, saya dapat pelajari ilmu linux dengan lebih gigih, kerana dengan cara menulis sahaja saya akan berusaha untuk maju dalam linux..namun begitu saya bukan lah buta sangat dalam linux. apa yang saya tahu, saya akan kongsikan kepada anda. Mungkin anda pun yang mahir atau pakar linux dapat sama-sama berkongsi ilmu linux dalam blog ini.

Saya tahu linux masih tidak digemari oleh kebanyakan rakyat negara ini, ada yang berkata linux ni susah nak pelajari, susah nak cari perisian sesuai untuk buat kerja, susah nak buat macam-macam perkara..saya faham masalah ini, dulu pun saya beranggapan begitu, tetapi sekarang tidak lagi, linux sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Dengan linux saya dapat menghargai, dunia komuniti perisan terbuka (open source). Saya berharap suatu hari nanti saya akan menggunakan sepenuhnya linux dan perisian-perisian open source. Dan saya juga berharap saudara juga begitu..Linux tidak lah sesusah dahulu, kerana linux dan perisian-perisian sumber terbuka sekarang kian hari kian hebat. Malah kadang-kadang linux dan perisian sumber terbuka lebih hebat daripada perisian berbayar..

MAHIR LINUX bukan sahaja memfokuskan kepada Linux semata-mata, tetapi ia juga kepada perisian-perisan percuma dan perisian sumber terbuka yang boleh dipasang dalam linux. Ini kerana, tanpa perisian-perisian ini, linux tidak akan menjadi hebat. kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain.. Insyallah saya akan cuba fokuskan kepada tutorial linux dan perisian sumber terbuka disamping dapat memberi info-info terkini mengenai dunia linux dan perisian open source.

Tentu saudara tertanya-tanya, distro apa yang saya pilih untuk MAHIR LINUX.. Saya sebenarnya fokus kepada UBUNTU LINUX. Alah, asik-asik UBUNTU, takda distro lain ke?? Maaf lah saudara-saudara semua, buat masa ini, saya lebih banyak pengetahuan mengenai UBUNTU. Ini kerana pc dan laptop saya hanya ada UBUNTU.. lagipun saya sudah biasa dengan UBUNTU. Mungkin suatu hari, saya berubah ke distro lain, boleh lah saya terangkan pasal distro tersebut.. Namun begitu kalau ada kesempatan, mungkin saya akan menulis pasal distro-distro lain seperti FEDORA, OPEN SUSE dan sebagainya. Mungkin anda yang mahir dalam distro lain, boleh sama- sama kongsi.. Bukan nya saya tak pernah cuba distro lain. Saya sudah kenal linux masa saya belajar kat USM lagi. Tahun Pertama (2000) lagi, pensyarah kat usm suruh buat programming dalam Linux. Masa tu USM pakai Redhat Linux... Malah projek tahun akhir pun saya guna Red Hat Linux 8.
Tapi pada masa tu, saya tidak berminat sangat dengan Linux. Mungkin linux masa tu tidak sehebat sekarang.. Kini, banyak sudah berubah..Perisian-perisan open-source pun makin banyak dan kebanyakan dah matang dan stabil. Masa saya kerja dalam sektor kerajaan (hingga sekarang), saya juga didedahkan dengan SUSE LINUX.. Server-server kat tempat kerja saya banyak guna linux.. Ada jugak saya try install SUSE LINUX kat pc ofis saya, tapi tak sampai seminggu , saya guna windows balik.. mungkin SUSE bukan sesuai dengan saya..

OK sebab apa saya pilih UBUNTU. saya betul-betul kenal ubuntu pada April tahun 2009,. Dulu lagi saya tahu UBUNTU tu linux jugak.. tapi saya tak tertarik langsung.. lebih-lebih lagi bila dengar nama pun saya tak berkenan..Tapi entah macam mana tah, tiba-tiba saya terasa ingin install ubuntu kat PC saya.. lagi pun UBUNTU ada WUBI, iaitu boleh install ubuntu dalam Windows...
masa tu UBUNTU HARDY HERON (8.04). Lepas saya install, saya tak berkenan lagi, lebih-lebih lagi tengok warna wallpaper ubuntu yang memang tak lawa langsung... tapi apa yang menyebabkan saya suka UBUNTU ialah, ubuntu dapat detect printer ofis saya dengan mudah sekali, tanpa perlu cari driver.. Selain itu, banyak blogger-blogger negara ni memilih ubuntu sebagai distro mereka, jadi rujukan mengenai UBUNTU mudah untuk dicari.. Komuniti UBUNTU juga memang sangat baik.. bila ada masalah saya akan tanya komuniti ubuntu, mereka dengan pantas menjawab soalan-soalan saya tu.. huhu.. tu je lah untuk hari ini.. sori.. banyak berleter pulak... bye bye..

1 comments:

mahirlinux said...

TEST

Post a Comment