Thursday, October 29, 2009

Mari Mencuba Koleksi CMS Sumber Terbuka melalui Portal opensourceCMS.com

Melalui portal opensourceCMS.com, anda kini dapat mencuba demo-demo untuk pelbagai jenama CMS sumber terbuka dalam satu laman web. Anda tidak perlu lagi ke setiap laman web pembangun CMS untuk mencuba demo CMS yang disediakan dalam laman web mereka. Dan anda juga tidak perlu lagi membuang masa untuk memasang aplikasi-aplikasi CMS ke dalam komputer anda hanya kerana untuk tujuan menguji dan memilih CMS yang sesuai.

Selain CMS, anda juga boleh mencuba pelbagai demo  aplikasi online seperti forum, blog, groupware, image gallery, eCommerce, learning management systems (LMS) dan wiki. Ini memudahkan anda untuk mencuba terlebih dahulu bebarapa aplikasi online sumber terbuka sebelum anda memilih yang sesuai untuk kegunaan anda. Portal ini juga memaparkan Rating setiap aplikasi online bagi memudahkan lagi anda untuk membuat keputusan memilih aplikasi online yang terbaik. Rating ini adalah berdasarkan undian pengunjung portal ini.

Pada mulanya opensourceCMS.com hanya dikhaskan untuk aplikasi online sumber terbuka yang mengunakan PHP/MySql. Tetapi dalam masa terdekat ini, opensourceCMS.com berjanji akan menyediakan demo-demo untuk aplikasi yang menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti ASP, .NET, Ruby, Python, Perl dan pelabagai bahasa pengaturcaraan lain. Apa pun silalah layari opensourceCMS.com untuk mengetahui lebih lanjut!




Thursday, October 22, 2009

Jadual Keluaran Versi Ubuntu

Setiap enam bulan, Ubuntu akan mengeluarkan keluaran versi terkini dengan ciri-ciri yang baru. Ubuntu mempunyai jadual pengeluaran versi terbarunya yang sangat sistematik. Ini adalah salah satu rahsia kejayaan Ubuntu yang telah berjaya menarik minat orang ramai untuk menggunakan Ubuntu.

Setiap versi keluarannya mempunyai kod nama tersendiri. Contohnya Jaunty Jackalope adalah kod nama untuk versi Ubuntu 9.04. Setiap keluaran ditandakan sebagai tahun dan bulan keluaran Ubuntu. Misalnya versi Ubuntu 9.04 bermakna, versi Ubuntu tersebut dikeluarkan pada tahun 2009 (9) dan pada bulan April (04). Terdapat beberapa keluarannya dilabelkan sebagai Long-Term-Support (LTS). Keluaran yang dilabelkan LTS ini menyediakan kemaskini patch dan security sehingga 3 tahun. Keluaran versi LTS sesuai dipasang di sekolah-sekolah dan pejabat-pejabat yang tidak memerlukan naik taraf yang kerap.

Berikut adalah beberapa keluaran Ubuntu:
Keluaran    Tarikh Keluaran      Nama
4.10           20 Okt. 2004           Warty Warthog
5.04           8 April 2005            Hoary Hedgehog
5.10           13 Okt. 2005           Breezy Badger
6.06           1 Jun 2006              Dapper Drake (LTS)
6.10           26 Okt. 2006           Edgy Eft
7.04           19 April 2007          Feisty Fawn
7.10           18 Okt. 2007           Gutsy Gibbon
8.04           24 April 2008          Hardy Heron (LTS)
8.10           30 Okt. 2008           Interpid Ibex
9.04           23 April 2009          Jaunty Jackalobe
9.10           29 Okt. 2009           Karmic Koala

Monday, October 19, 2009

Tempah CD Ubuntu Karmic Koala (9.10) Secara Percuma Sekarang!!

Kini Anda anda boleh memesan CD Ubuntu Karmic Koala (9.10) secara percuma di laman web rasmi Shipit Ubuntu. Untuk memesan CD, anda perlulah mendaftarnya terlebih dahulu. Untuk mengetahui ciri-ciri terkini Ubuntu Karmic sila ke sini.

Semasa saya mecuba membuat pesanan CD Ubuntu Karmic dari laman web Shipit, malangnya, pihak shipit tidak membenarkan saya membuat pesanan lagi, sebab katanya:
You have already received our maximum number of allowed shipments. Please download the CD image and record it yourself
Adakah ini polisi baru syarikat? Tidak tahu lah saya. Mungkin syarikat Canonical ingin mengurangkan kos CD yang semangnya menjadi permintaan ramai seluruh dunia. Apa pun, bagi mereka yang tidak pernah membuat pesanan CD Ubuntu atau tidak menerima mesej seperti di atas, sila lah membuat pesanan sekarang sebelum polisi baru lagi akan muncul!!.

Tuesday, October 6, 2009

Ubuntu 9.10 Akan Datang Beberapa Hari Lagi!!

Belum pun puas menggunakan Ubuntu 9.04, kini Ubuntu 9.10 akan dilepaskan untuk anda memuat turunnya secara percuma beberapa hari lagi. Begitulah janji Canonical yang akan mengeluarkan versi Ubuntu terbarunya untuk setiap enam bulan iaitu pada April dan Oktober setiap tahun. Versi Ubuntu terbaru ini dinamakan sebagai Karmic Koala. 

Adakah anda bersedia? Semestinya! Dengan keluaran terbaru Ubuntu, pastinya Ubuntu akan menjadi lebih mantap dan anda pasti akan lebih teruja menggunakannya. Bagi mereka yang tidak mahu menunggu lama untuk mencubanya anda bolehlah memuat turun versi Ubuntu 9.10 Beta dalam laman web rasmi Ubuntu.

Antara ciri-ciri yang terdapat dalam Ubuntu 9.10 beta adalah seperti berikut:
  • Menggunakan Upstart untuk meningkatkan boot performance.
  • Ubuntu Software Center menggantikan Add/Remove Software dalam menu Applications.
  • Desktop environment Gnome 2.28 didatangkan dengan banyak ciri-ciri baru.
  • Kemaskini tema Human GDM, ikon Humanity, dan logout screen yang baru.
  • GDM 2.28 login manager yang baru dan lebih menarik.
  • Didatangkan dengan lebih banyak pilihan wallpaper baru dan tema baru.
  • Skrin boot yang lebih menarik.
  • Empathy adalah default instant messaging client menggantikan Pidgin.
  • Didatangkan dengan perkhidmatan perkongsian fail secara default menggunakan Ubuntu One.
  • Linux kernel 2.6.31.
  • Sistem fail 'ext4' secara default.
  • Boot loader GRUB2 secara default.
  • Didatangkan dengan lebih banyak wallpaper baru dan tema baru.

Pengenalan Kepada Ubuntu Linux Desktop

Dengan Ubuntu Desktop Edition, anda akan dapat melayari web menggunakan Mozilla Firefox, membaca e-mel menggunakan Evolution E-mail Client, menghasilkan dokumen dan spreadsheet menggunakan OpenOffice.org, menyunting gambar menggunakan GIMP dan banyak lagi. Ubuntu menyediakan installer bergrafik dalam CD Desktopnya yang mudah dan pantas digunakan semasa pemasangan Ubuntu ke dalam komputer anda. Anda pasti teruja apabila menggunakannya. Ianya sangat sesuai dan mudah digunakan oleh semua peringkat pengguna, sama ada pengguna baru Linux atau pengguna yang geek. Berikut adalah adalah fungsi dan ciri-ciri utama yang terdapat pada Ubuntu Desktop Edition.