Monday, October 19, 2009

Tempah CD Ubuntu Karmic Koala (9.10) Secara Percuma Sekarang!!

Kini Anda anda boleh memesan CD Ubuntu Karmic Koala (9.10) secara percuma di laman web rasmi Shipit Ubuntu. Untuk memesan CD, anda perlulah mendaftarnya terlebih dahulu. Untuk mengetahui ciri-ciri terkini Ubuntu Karmic sila ke sini.

Semasa saya mecuba membuat pesanan CD Ubuntu Karmic dari laman web Shipit, malangnya, pihak shipit tidak membenarkan saya membuat pesanan lagi, sebab katanya:
You have already received our maximum number of allowed shipments. Please download the CD image and record it yourself
Adakah ini polisi baru syarikat? Tidak tahu lah saya. Mungkin syarikat Canonical ingin mengurangkan kos CD yang semangnya menjadi permintaan ramai seluruh dunia. Apa pun, bagi mereka yang tidak pernah membuat pesanan CD Ubuntu atau tidak menerima mesej seperti di atas, sila lah membuat pesanan sekarang sebelum polisi baru lagi akan muncul!!.

3 comments:

penyamun said...

polisi ni dah lawa wujud, mereka had kan sejumlah penghantaran sahaja berdasar kan alamat penghantaran.jadi guna la acct baru dan hantar ke alamat yang berlainan.

mahirlinux said...

yeke.. tq... al maklumlah.. sy baru betul2 mengenali ubuntu tahun 2008.. saya pertama kali menempah free cd ubuntu ketika versi ubuntu 8.04 (Hardy Heron)

penyamun said...

sama la kita, semoga kita sama sama dapat belajar

Post a Comment