Thursday, October 29, 2009

Mari Mencuba Koleksi CMS Sumber Terbuka melalui Portal opensourceCMS.com

Melalui portal opensourceCMS.com, anda kini dapat mencuba demo-demo untuk pelbagai jenama CMS sumber terbuka dalam satu laman web. Anda tidak perlu lagi ke setiap laman web pembangun CMS untuk mencuba demo CMS yang disediakan dalam laman web mereka. Dan anda juga tidak perlu lagi membuang masa untuk memasang aplikasi-aplikasi CMS ke dalam komputer anda hanya kerana untuk tujuan menguji dan memilih CMS yang sesuai.

Selain CMS, anda juga boleh mencuba pelbagai demo  aplikasi online seperti forum, blog, groupware, image gallery, eCommerce, learning management systems (LMS) dan wiki. Ini memudahkan anda untuk mencuba terlebih dahulu bebarapa aplikasi online sumber terbuka sebelum anda memilih yang sesuai untuk kegunaan anda. Portal ini juga memaparkan Rating setiap aplikasi online bagi memudahkan lagi anda untuk membuat keputusan memilih aplikasi online yang terbaik. Rating ini adalah berdasarkan undian pengunjung portal ini.

Pada mulanya opensourceCMS.com hanya dikhaskan untuk aplikasi online sumber terbuka yang mengunakan PHP/MySql. Tetapi dalam masa terdekat ini, opensourceCMS.com berjanji akan menyediakan demo-demo untuk aplikasi yang menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti ASP, .NET, Ruby, Python, Perl dan pelabagai bahasa pengaturcaraan lain. Apa pun silalah layari opensourceCMS.com untuk mengetahui lebih lanjut!




4 comments:

penyamun said...

jangan lupa patch kalau pakai opensource cms. kalau tak jadi sarang

mahirlinux said...

ape maksud penyamun.. i dont understand?

penyamun said...

kebanyakan cms di buat mengunakan PHP, jadi bila ada security vulnerability ,web admin harus la patch cms tu.kegagalan membuat demikian web anda kemungkinan besar akan di ceroboh.sila email saya untuk penjelasan bergambar

mahirlinux said...

tq...mahirlinux@gmail.com

Post a Comment