Sunday, September 13, 2009

Sweet Home 3D: Perisian Home Interior Design Percuma Untuk Linux

Terdapat banyak perisian rekabentuk dalaman di pasaran seperti SmartDraw, MyVirtualHome dan banyak lagi. Kebanyakannya adalah perisian berbayar dan bukan perisian percuma atau sumber terbuka dan tidak menyokong Linux.

Kini, pengguna Linux tidak perlu bimbang lagi masalah tersebut kerana perisian Sweet Home 3D merupakan perisian alternatif kepada perisian rekabentuk dalaman untuk Linux, Windows dan Mac OS (multi platform). Anda tidak perlu bayar sesen pun untuk mereka bentuk rumah idaman anda. Ianya mudah digunakankan dan mesra pengguna. Apa yang anda perlu ada ialah hanya pemikiran yang "kreatif" dan rajin.

Dengan hanya melukis pelan lantai dan meletakkan kelengkapan kedalam plan 2D, perisian ini secara automaik menhasilkan preview 3D. Anda boleh memilih 77 jenis kelengkapan rumah yang disediakan secara default dalam perisian ini.
Kelengkapan ini termasuklah untuk bilik mandi, bilik tidur, pintu dan tingkap, dapur, ruang tamu, dan lain-lain. Namun begitu, anda boleh menambah kelengkapan tambahan ke dalam Sweet Home 3D. Untuk memuat turun kelengkapan tambahan anda boleh layari di laman Sweet Home 3D: 3D model import.

Aplikasi Sweet Home 3D diabahagikan kepada 4 panel. Panel pertama memaparkan senarai objek-objek yang dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu: Bathroom, Bedroom, Doors and windows, Kitchen and Living Room. Ini memudahkan anda memilih objek perabot/kelengkapan. Panel ber-grid pula membenarkan anda menetapkan posisi perabot atau kelengkapan dalam bilik dan membenarkan anda untuk mengubahsuai dimensi, membina dinding dan mengahpus objek.


Panel bawah kiri, adalah untuk anda melihat senarai terperinci objek-objek yang anda tambah kedalam rumah anda. Anda boleh mengubah Nama objek, Lebar, Dalam, Tinggi, Sudut, Warna, Dimensi dan sebagainya. Panel preview 3D pula membolehkan anda melihat gambaran sebenar rekabentuk dalaman rumah anda dalam bentuk 3D. Panel ini membolehkan anda melihat hasil kerja anda dari semua sudut.

Ciri yang paling penting Sweet Home 3D ialah kebolehannya mengimport objek 3D pelbagai jenis format seperti OBJ, LWS dan 3DS. Anda juga boleh mengeksport hasil kerja anda ke dalam format PDF dan ini memudahkan anda melihat hasil kerja dan berkongsi dengan kawan-kawan anda. Dan apa yang paling penting sekali ialah ianya PERCUMA dan OPEN SOURCE!!

*Klik sini untuk memuat turun Sweet Home 3D. (pakej .deb)




1 comments:

Anonymous said...

salam nak tanya kalau guna fedora boleh x guna sweet home 3d ni

Post a Comment