Showing posts with label portal and website. Show all posts
Showing posts with label portal and website. Show all posts

Thursday, October 29, 2009

Mari Mencuba Koleksi CMS Sumber Terbuka melalui Portal opensourceCMS.com

Melalui portal opensourceCMS.com, anda kini dapat mencuba demo-demo untuk pelbagai jenama CMS sumber terbuka dalam satu laman web. Anda tidak perlu lagi ke setiap laman web pembangun CMS untuk mencuba demo CMS yang disediakan dalam laman web mereka. Dan anda juga tidak perlu lagi membuang masa untuk memasang aplikasi-aplikasi CMS ke dalam komputer anda hanya kerana untuk tujuan menguji dan memilih CMS yang sesuai.

Selain CMS, anda juga boleh mencuba pelbagai demo  aplikasi online seperti forum, blog, groupware, image gallery, eCommerce, learning management systems (LMS) dan wiki. Ini memudahkan anda untuk mencuba terlebih dahulu bebarapa aplikasi online sumber terbuka sebelum anda memilih yang sesuai untuk kegunaan anda. Portal ini juga memaparkan Rating setiap aplikasi online bagi memudahkan lagi anda untuk membuat keputusan memilih aplikasi online yang terbaik. Rating ini adalah berdasarkan undian pengunjung portal ini.

Pada mulanya opensourceCMS.com hanya dikhaskan untuk aplikasi online sumber terbuka yang mengunakan PHP/MySql. Tetapi dalam masa terdekat ini, opensourceCMS.com berjanji akan menyediakan demo-demo untuk aplikasi yang menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti ASP, .NET, Ruby, Python, Perl dan pelabagai bahasa pengaturcaraan lain. Apa pun silalah layari opensourceCMS.com untuk mengetahui lebih lanjut!




Monday, August 17, 2009

Getdeb - Portal Perisian Ubuntu


Tahukah anda tentang kewujudan portal perisian Ubuntu - Getdeb. Getdeb adalah satu laman web atau portal yang menghostkan perisian-perisian sumber terbuka yang dikhaskan untuk pengguna Ubuntu Linux (serta keturunanya). Saya berkata begitu kerana format pakej-pakej (installer) yang disediakan untuk dimuat turun hanya lah berformat .deb (Debian Pakage).

Apa yang menarik tentang portal Getdeb ini ialah, perisian-perisiannya sentiasa dikemaskini apabila terdapat versi terbaru sesuatu perisian. Ianya dikemaskini oleh sukerala-sukerala yang bersama-sama untuk menghasilkan pakej-pakej deb agar perisian dapat dipasang dengan mudah dalam Ubuntu. Perisian-perisan yang dipakej biasanya adalah perisian-perisan yang stabil seperti GIMP, Scribus, Ubuntu Tweak dan macam-macam lagi.

Getdeb akan menyenaraikan versi perisian-perisian terikini pada muka utama bagi memudahkan anda memuat turun perisian-perisan versi terkini. Anda dapat mencari perisian percuma kegemaran anda dengan lebih mudah dengan menggunakan kotak Search. Anda juga boleh ke menu Categories untuk memaparkan perisian mengikut kategori-kategori seperti Games, Audio Tools, Utilities dan lain-lain. Secara default Getdeb menetapkan versi Ubuntu 32 bits terkini untuk semua kategori perisian. Anda boleh menukarkannya mengikut versi Ubuntu anda gunakan sekarang. Pemilihan versi Ubuntu adalah penting untuk memastikan perisian yang anda muat turun dapat dipasang ke dalam versi Ubuntu anda.